Sebagai orang Islam, bahasa Arab sangatlah penting untuk anda mempelajari dan menguasainya kerana ia merupakan bahasa al Quran. Membaca al Quran disertai dengan memahami isi kadungannya menjadikan diri anda lebih mendekatkan diri anda kepada Allah. Orang-orang yang dekat dengan Allah lazimnya akan melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang tidak baik. Selain daripada bahasa Arab, ada satu lagi bahasa yang sangat penting dan banyak faedah untuk anda pelajarinya iaitu bahasa Inggeris. Antara faedah-faedahnya ialah:
Pertama, memudahkan berkomunikasi. Majoriti negara-negara di seluruh dunia mengakui bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling popular dan menjadi keutamaan apabila berkomunikasi.
Kedua, meningkatkan ilmu pengetahuan. Buku-buku yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris terlalu banyak. Anda boleh menimba ilmu dengan cara membaca buku-buku tersebut dengan seberapa banyak yang mungkin.
Ketiga, meluaskan pasaran. Sebarang penulisan atau buku yang dihasilkan dalam bahasa Inggeris dapat dipasarkan di seluruh dunia. Ini bukan sahaja dapat menyebarkan maklumat dan idea-idea anda kepada masyarakat antarabangsa tetapi juga dapat melipatgandakan hasil jualan dan keuntungan.
Keempat, melonjakkan industri pelancongan. Kebanyakan pelancong lebih berminat untuk melancong di negara yang masyarakatnya mampu berbahasa Inggeris. Cuba anda bayangkan jika seramai 5 juta pelancong yang melawat negara anda dan katakan secara puratanya setiap pelancong berbelanja RM2,000.00. Ini bermakna negara anda akan memperolehi pendapatan hasil daripada bidang pelancongan sebanyak RM10,000,000,000.00 (10 ribu juta atau 10 billion).
Kelima, mencari pekerjaan. Anda boleh memilih negara mana yang anda ingin bekerja apabila anda dapat menguasai bahasa Inggeris. Sudah pasti majikan lebih memberi keutamaan kepada pekerjanya yang boleh berbahasa Inggeris terutamanya mereka yang berurusan dengan orang ramai.
Justeru itu, anda hendaklah mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris tidak kira sama ada anda masih bersekolah, bekerja atau bersara. Namun demikian bahasa ibunda anda jangan pula dilupakan.

No comments:
Post a Comment