Masalah menjelma tidak kira masa dan tempat. Kadang sudah diduga dan kadang tidak diduga atau sukar diduga. Ada masalah kerana anda mencari dan ada masalah yang anda tidak mencari. Masalah kerana anda mencari tidaklah menjadi masalah sangat kerana anda sendiri yang mencari. Jadi setiap impak atau kesan yang berlaku haruslah ditanggung sendiri oleh anda. Misalnya, anda tahu bahawa mengambil makanan atau minuman manis secara berlebihan boleh menyebabkan kencing manis dan jika anda terus mengambilnya maka akhirnya anda didapati menghidapi kencing manis maka anda harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Anda tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri anda sendiri.
Satu lagi masalah ialah masalah berlaku bukan kerana anda mencari tetapi ia belaku tanpa diundang. Misalnya anda cukup menjaga kesihatan anda seperti bersenam dan diet termasuk mengawal pengambilan gula tetapi anda disahkan mengidap kencing manis. Anda pasti akan terperanjat dan bersedih serta tertekan dengan pengesahan itu. Apa yang harus anda lakukan seterusnya, adakah anda mahu lari daripada kenyataan atau hadapinya dengan cara yang terbaik. Jawabnya anda perlu hadapinya dengan penuh semangat, positif dan profesional.
Jangan tambahkan lagi masalah kerana perkara yang sudah berlaku tetap tidak boleh diubahkan lagi kecuali dengan kehendak Allah. Hadapi dan terus hadapi serta uruskan masalah itu dengan sebaik mungkin. Usah anda toleh lagi ke belakang, ayuh aturkan langkah baru ke depan agar masalah lama sudah menjadi debu-debu berterbangan ke udara dan lenyap di langit biru. Banyakkan zikrullah, solat-solat sunat, puasa, sedekah dan zakat, kerja-kerja amal kebajikan dan sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya. Insya Allah, jika anda dapat melakukannya, anda pasti akan menjadi orang yang berjaya dan bahagia.
No comments:
Post a Comment