Adalah suatu perkara yang normal bahawa anda akan kecewa jika anda gagal dalam mendapatkan sesuatu walaupun ianya sedikit atau banyak; kecil atau besar; rendah atau tinggi; kurang bernilai atau sangat bernilai; dan kurang berharga atau sangat berharga.
Adalah kurang normal jika anda akan bergembira apabila anda gagal mencapai sesuatu yang anda inginkan seperti anak anda gagal dalam peperiksaan, anda tidak berjaya mendapatkan tender, permohonan anak anda untuk masuk universiti ditolak, kegagalan dalam percintaan, putus tunang, kegagalan rumah tangga dan sebagainya.
Sudah pasti anda perlu mengambil sedikit masa dan ruang untuk menghadapi kegagalan dan kekecewaan kerana bak kata pepatah seberat-berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sungguh luar biasa jika setiap kekecewaan yang anda tempuhi, anda dapat mengatasinya dengan sekelip mata.

Apabila anda gagal, tanyalah diri anda sama ada anda mahu meneruskan kekecewaan atau melupakan kekecewaan. Jika anda menjawab mahu meneruskan kekecewaan bermakna anda akan menghadapi masalah yang lebih besar lagi dan akhirnya anda akan rugi bahkan anda merupakan orang yang tidak bersyukur, tidak sabar dan tidak tabah.
Akan tetapi jika anda menjawab mahu melupakan kekecewaan maka anda merupakan orang yang berfikiran positif dan sesungguhnya inilah yang dikehendaki oleh Allah swt seperti firmanNya yang bermaksud,
“Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Baqarah [2]: 177).
Jadikan kegagalan itu sebagai pengajaran yang berguna dan pendorong paling bererti untuk anda memulakan langkah baru yang lebih berkesan dan amalan yang lebih baik. Oleh itu, anda hendaklah melupakan kekecewaan demi kebaikan diri anda, keluarga, organisasi dan masyarakat.

No comments:
Post a Comment